Friday, 23 March 2012

Sahabat sejati :)

Sahabat sejati begitu sukar kita cari dalam zaman kemodenan kini.  Untuk mencari sahabat yang betul-betul setia mendengar dan berada disamping kita diwaktu susah dan senang memang amat sukar.
Berikut terdapat beberapa elemen yang perlu ada dalam diri setiap sahabat sejati yang kita cari antaranya:-

KECINTAAN merupakan elemen yang paling penting dalam sesebuah persahabatan. Ikatan persahabatan akan mudah rapuh sekiranya tidak wujud kecintaan di antara dua orang insan yang disandarkan kepada Allah SWT.Oleh itu,kita perlulah meluahkan rasa cinta terhadap sahabat dengan mengungkapkan ‘uhibbuka’ atau ‘i fi llah’ (bagi sahabat yang sama jantina) agar mereka tahu betapa cintanya kita terhadap mereka kerana Allah.
KASIH SAYANG lebih kurang sama maksudnya dengan kecintaan.Namun, setelah kita mencintai sahabat, kita perlulah mencurahkan segala kasih sayang kita terhadap mereka. Ada ketikanya kasih sayang kamu itu tidak perlu dipamerkan secara terang-terangan.Cukup sekiranya kamu menunjukkan kasih sayang itu dengan mendoakan perkara-perkara yang baik untuk sahabat kamu.
KEIKHLASAN dapat menjamin sesebuah persahabatan itu mendapat keberkatan dan rahmat daripada Ilahi.Sekiranya kamu tidak ikhlas ketika bersahabat, ia boleh mengundang permusuhan di antara sahabat.Sebaiknya kamu memilih sahabat berdasarkan budi pekertinya,rasa tanggungjawab, keprihatinan dan bukannya semata-mata kerana paras rupa, pangkat atau harta yang dimilikinya.
KESETIAAN terhadap seseorang sahabat mampu memanjangkan lagi ikatan persahabatan walaupun kamu jarang bertemu.Apabila kamu setia terhadap sahabat, kesannya sahabat kamu juga akan sentiasa mengingati apa jua pengorbanan yang telah kamu curahkan kepadanya. Ini kerana kamu sentiasa berada di sisinya tidak kira susah mahupun senang.
KEBERANIAN dalam berkata benar.Dalam sesebuah persahabatan, kamu hendaklah berani mengatakan sesuatu perkara kepada sahabat kamu itu, apatah lagi tentang perkara-perkara
yang boleh menyakiti hatinya.Kamu hendaklah berani mengaku dan berterus-terang kepadanya atas kesilapan yang telah kamu lakukan. Kamu juga haruslah beranimenasihati dan saling menegur sahabat kamu itu.
KEJUJURAN perlu dalam sesebuah persahabatan.Kamu jangan sesekali menipu atau menyembunyikan apa-apa daripada pengetahuan sahabat kamu itu.Dengan berkata benar dan jujur, ini akan mengukuhkan lagi tali persahabatan antara kamu berdua. Kamu hanya boleh berahsia pada perkara-perkara yang kamu rasa perlu dirahsiakan daripadanya sahaja.
KEMAAFAN merupakan perkara yang perlu ada dalam etika bersahabat.Sekiranya sahabat kamu melakukan kesilapan, kamu hendaklah bersedia untuk memaafkannya, tidak kiralah sama ada kesalahannya itu besar ataupun kecil terhadap kamu.Sahabat yang baik ialah sahabat yang bersedia untuk memaafkan sahabatnya,begitulah sebaliknya.
KESEDIHAN yang dihadapi oleh sahabat kamu haruslah dikongsi bersama.Apabila kamu mengetahui sahabat kamu itu berada dalam keadaan yang berdukacita,kamu sebagai sahabat hendaklah sentiasa berada di sisinya. Kehadiran kamu itu sekurang-kurangnya dapat meringankan kesedihan yang ditanggungnya dan dalam masa yang sama ia boleh meringankan bebanan yang dipikulnya itu.
KEGEMBIRAAN yang hadir dalam diri sahabat kamu itu, memberi makna yang kamu juga rasa gembira.Pasti kamu rasa senang apabila melihat sahabat kamu bergelak ketawa dan sentiasa mengukir senyuman yang indah pada raut wajah mereka.
KESERASIAN merujuk pada kesamaan mahupun ‘sekepala’ dalam apa jua yang kamu dan sahabat lakukan bersama.Dengan wujudnya keserasian ini, aktiviti yang kamu lakukan bersama akan menjadi lebih mudah dan lancar.Malah keserasian ini akan mewujudkan persefahaman antara kamu dan sahabat.

ilmu dan amal

Dari Abu Musa r.a katanya, Nabi s.a.w bersabda:"Perumpamaan petunjuk dan ilmu pengetahuan yang Allah mengutuskan aku untuk menyampaikannya seperti hujan lebat jatuh ke bumi. Bumi itu ada yang subur menghisap air, menumbuhkan tumbuh-tumbuhan dan rumput-rumput yang banyak. Ada pula yang keras, tidak menghisap air sehingga tergenang. Maka Allah memberi manfaat dengan ia kepada manusia. Mereka dapat minum dan memberi minum (binatang ternak dan sebagainya), dan untuk bercucuk tanam. Dan ada pula hujan yang jatuh ke bahagian lain iaitu di atas tanah yang tidak menggenangkan air dan tidak pula menumbuhkan rumput. Begitulah perumpamaan orang yang belajar agama yang mahu memanfaatkan apa yang aku disuruh Allah menyampaikannya, dipelajarinya dan diajarkannya. Dan begitu pula perumpamaan orang yang tidak mahu memikirkan dan mengambil peduli dengan petunjuk Allah yang aku diutus untuk menyampaikannya."
(Riwayat Bukhari)
Tarbiyah (pendidikan) yang semestinya dilalui oleh setiap muslim cukup banyak. Berbagai tarbiyah yang telah dilalui oleh para sahabat Rasulullah s.a.w sehingga menjadikan mereka memiliki iman yang teguh, bahkan membentuk mereka menjadi generasi terbaik. Allah berfirman: "Dan sesungguhnya jika mereka melaksanakan nasihat yang diberikan kepada mereka, tentulah hal yang demikian itu lebih baik bagi mereka dan lebih meneguhkan (hati mereka di atas kebenaran)." (An Nisa : 66)

Maka mempelajari ilmu agama adalah termasuk medan jihad yang paling mulia di mana daripada ilmu tersebut seseorang itu dapat berdakwah (menyebarkannya) kepada orang lain yang sekaligus menjadikan imannya semakin kukuh dan bertambah. Dia menyuruh manusia melakukan perkara–perkara kebaikan dan melarang daripada melakukan perkara kejahatan (maksiat) dalam ertikata bahawa ia bukanlah ulama' bisu yang berlepas diri daripada apa yang berlaku di sekelilingnya sepertimana sabda Rasulullah s.a.w: "Di antara manusia, ada orang yang menjadi kunci kebaikan dan penutup kejahatan." (Ibnu Majah)

Orang seperti ini juga sentiasa bergaul dengan para ulama' untuk mendengarkan nasihat mereka. Inilah sifat orang yang belajar agama yang mahu memanfaatkan apa yang dipelajarinya dan dengan itu mereka mendapat pahala di dunia dan balasan yang baik di akhirat.

1. Ilmu mesti disertai dengan amal maka sesiapa yang beramal tahulah dia tentang manfaat ilmu.
2. Ilmu berpanjangan dengan sebab beramal dan jika tidak beramal dengan ilmu maka ia akan bersedih
3. Setiap bekas menjadi sempit dengan sebab isiannya melainkan ilmu maka bekas ilmu menjadi semakin luas walau pun diisi seberapa banyak sekalipun
4. Orang alim yang malas beramal dengan ilmunya umpama jarum yang menjahit pakaian untuk menutup aurat orang lain sedangkan dia sendiri tinggal telanjang
5. Orang alim yang malas beramal dengan ilmunya umpama lilin yang membakar dirinya sendiri untuk menerangi orang lain
6. Orang alim yang malas beramal dengan ilmunya umpama batu asah yang menajamkan pisau sedangkan dia sendiri tidak mampu memotong
7. Orang alim yang tidak beramal dengan ilmunya umpama sebiji batu besar yang jatuh menutupi mulut sungai di mana ia sendiri tidak meminum air sungai itu sebaliknya hanya menahan air sungai sungai itu daripada mengalir sehingga dapat diminum dan diambil manfaat oleh orang lain bukan untuk manfaat dirinya sendiri
وَلَئِنْ أَتَيْتَ الَّذِينَ أُوْتُواْ الْكِتَابَ بِكُلِّ آيَةٍ مَّا تَبِعُواْ قِبْلَتَكَ وَمَا أَنتَ بِتَابِعٍ قِبْلَتَهُمْ وَمَا بَعْضُهُم بِتَابِعٍ قِبْلَةَ بَعْضٍ وَلَئِنِ اتَّبَعْتَ أَهْوَاءهُم مِّن بَعْدِ مَا جَاءكَ مِنَ الْعِلْمِ إِنَّكَ إِذَاً لَّمِنَ الظَّالِمِينَ
Dan demi sesungguhnya! Jika engkau bawakan kepada orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah diberikan Kitab, akan segala keterangan (yang menunjukkan kebenaran perintah berkiblat ke Kaabah itu), mereka tidak akan menurut kiblatmu dan engkau pula tidak sekali-kali akan menurut kiblat mereka dan sebahagian dari mereka juga tidak akan menurut kiblat sebahagian yang lain. Demi sesungguhnya! Kalau engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka setelah datang kepadamu pengetahuan (yang telah diwahyukan kepadamu), sesungguhnya engkau, jika demikian, adalah dari golongan orang-orang yang zalim.
(Surah Al-Baqarah 2: Ayat ke 145)
 

Trust Allah :)

Sekuat mana pon godaan yg kite hadapi,
sekuat apa pon cubaan yg harus kita jalani,
sebesar ape pon kegagalan yg kite rasai,
sejauh mne pon hari2 yg kite lalui,
Jangan pernah berhenti berharap drpd petolongan ilahi,
kerna harapan adalah mse hadapan,
kerna harapan adalah sumber kekuatan,
kerna doa adalah pintu kebaikan dan
kerna doa adalah senjata org beriman :)