Friday, 11 May 2012

Forgive me

I’m about to lose the battle & cross the line
I’m about to make another mistake
And even though I try to stay away
Everything around me keeps dragging me in
I can’t help thinking to myself
What if my time would end today, today, today?
Can I guarantee that I will get another chance
Before it’s too late, too late, too late

Forgive me…
My heart is so full of regret
Forgive me…
Now is the right time for me to repent, repent, repent..

Am I out of my mind?
What did I do? Oh, I feel so bad!
And every time I try to start all over again
My shame comes back to haunt me
I’m trying hard to walk away
But temptation is surrounding me, surrounding me
I wish that I could find the strength to change my life
Before it’s too late, too late, too late

I know O Allah You’re the Most-Forgiving
And that You’ve promised to
Always be there when I call upon You
So now I’m standing here
Ashamed of all the mistakes I’ve committed
Please don’t turn me away
And hear my prayer when I ask You to

Cerminkanlah diri kita.

Catatan dan penulisan ini bukan kerana nama,
Nama tidak menjamin Redha Rabbuna.
Penulisan ini bukan kerana harta,
Lagilah harta tidak menjamin ke syurga.
Bukan juga kerana terpaksa,
Memaksa itu bukan sifatnya Habibullah.
Ini bukan kerana sesiapa,
Kerana sesiapa bukan ghoyah utama.
Penulisan ini hanyalah kerana Allah,
Kerana RedhaNya adalah kunci kejayaan dunia,
Gerbang menuju Jannah ..
    • Senyum itu tanda kemesraan, diberi kepada manusia dianggap sedekah. Ketawa itu lambang kelalaian. Selalu dilakukan hati akan mati. Dibuat di hadapan manusia menghilangkan maruah diri.
  • Dari Anas ra. berkata :
    "Rasulullah saw. adalah orang yang paling baik budi pekertinya."
    (Riwayat Bukhari & Muslim)

    • Setiap kesalahan yang dilakukan jadikanlah pengajaran, insaflah ini tanda kelemahan diri, kesalilah keterlanjuran itu & berazamlah tidak mengulanginya lagi.

    • Syukur di dalam nikmat & sabar di dalam ujian mudah diucapkan tetapi amat sulit untuk dilaksanakan.
  • Allah Taala berfirman :
    "Sungguh akan Kami berikan cobaan kepada kamu sekalian dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa & buah-buahan. Dan berikanlah kabar gembira kepada orang-orang yang sabar."(Al-Baqarah : 155)

    • Kesenangan & kemewahan selalunya membawa kepada kesombongan & kelalaian. Kesusahan & penderitaan itu selalunya membawa kepada kekecewaan & putus asa, kecuali orang yang mu'min.
  • Allah Taala berfirman :
    "Janganlah kamu memalingkan mukamu dari sesama manusia & janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri."
    (Luqman : 18)

    • Di antara tanda-tanda orang-orang yang sombong itu cepat melahirkan sifat marah, suka memotong percakapan orang lain, suka bermujadalah yakni bertegang leher, nampak di mukanya rasa tidak senang jika ada orang yang lebih darinya di satu majlis, bercakap meninggikan suara, pantang ditegur & tidak ada tanda-tanda kesal di atas kesalahan.

    • Orang yang sudah hilang sifat marah (dayus), cepat melahirkan sifat marah (lemah mujahadah). Orang yang ada sifat marah tetapi dapat disembunyikan kecuali di tempat-tempat yang munasabah inilah manusia normal.
  • Allah Taala berfirman :
    "Dan orang-orang yang menahan amarahnya serta suka memaafkan kesalahan orang lain. Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik."
    (Al-Imran : 134)

    • Tahu diri kita hamba, itu adalah ilmu. Merasa diri kita hamba, itu adalah penghayatan. Yang kedua inilah akan lahir sifat tawadu', malu, khusyu', takut, hina & lain-lain lagi sifat kehambaan.


    • Jika kita mengingati dosa, kita tidak nampak lagi kebaikan kita, apatah lagi untuk dibanggakan.


    • Lahirkan kemesraan kita sesama manusia kerana itu adalah haknya tetapi jangan putus hati kita dengan Allah, ini adalah hak-Nya pula.
  • Dari Ibnu 'Umar & 'Aisyah ra. berkata, Rasulullah saw bersabda :
    "Malaikat Jibril senantiasa berpesan kepadaku untuk selalu berbuat baik terhadap tetangga sehingga aku menyangka bahawa tetangga itu akan ikut mewarisinya."
    (Riwayat Bukhari & Muslim)

    • Apabila rasa senang dengan pujian, rasa sakit dengan kehinaan menunjukkan kita ada kepentingan peribadi, tanda kita tidak ikhlas membuat kebaikan. Na'uzzubilah ..

Jika kau mendapati jiwamu di tahap yang tinggi,
maka awasilah kerana bila-bila masa sahaja kau akan ke bawah


Namun jika kau merasa jiwa sentiasa di bawah,
percayalah bila-bila masa pun akan kau akan berada di atas

Walau di mana kau berada,
batasilah nikmat atau musibah dengan syukur kerana syukur adalah redha

Ingatlah bahawa kabus itu memang gelap,
tapi lama-kelamaan ia akan hilang pabila munculnya sang mentari
-Mohamed Al-Fateh, Pemerintah Kota Constantinople-

.The Beauty of Islam.

Tuesday, 1 May 2012

Quotes are nice :)

Hye korang,nice day! dalam hidup ni slalu ade cabaran yg sgt mencabar..kdg-II mslh kecik je tp boleh dibesarkn..so bila boring ni aku slalu lyn quotes :) quotes ni best la jugak,ade quotes yg faham hati kita mcm contoh kt bawah ni,ok korang jom kita tgk contoh quotes skit ;)









tu jela setakat ni,esk da sklh..hope korang happy n spe yg exam esk i wish u the best :) buat betul2 n jgn lupe bca bismillah..okey guys ? bye ;)

Friday, 23 March 2012

Sahabat sejati :)

Sahabat sejati begitu sukar kita cari dalam zaman kemodenan kini.  Untuk mencari sahabat yang betul-betul setia mendengar dan berada disamping kita diwaktu susah dan senang memang amat sukar.
Berikut terdapat beberapa elemen yang perlu ada dalam diri setiap sahabat sejati yang kita cari antaranya:-

KECINTAAN merupakan elemen yang paling penting dalam sesebuah persahabatan. Ikatan persahabatan akan mudah rapuh sekiranya tidak wujud kecintaan di antara dua orang insan yang disandarkan kepada Allah SWT.Oleh itu,kita perlulah meluahkan rasa cinta terhadap sahabat dengan mengungkapkan ‘uhibbuka’ atau ‘i fi llah’ (bagi sahabat yang sama jantina) agar mereka tahu betapa cintanya kita terhadap mereka kerana Allah.
KASIH SAYANG lebih kurang sama maksudnya dengan kecintaan.Namun, setelah kita mencintai sahabat, kita perlulah mencurahkan segala kasih sayang kita terhadap mereka. Ada ketikanya kasih sayang kamu itu tidak perlu dipamerkan secara terang-terangan.Cukup sekiranya kamu menunjukkan kasih sayang itu dengan mendoakan perkara-perkara yang baik untuk sahabat kamu.
KEIKHLASAN dapat menjamin sesebuah persahabatan itu mendapat keberkatan dan rahmat daripada Ilahi.Sekiranya kamu tidak ikhlas ketika bersahabat, ia boleh mengundang permusuhan di antara sahabat.Sebaiknya kamu memilih sahabat berdasarkan budi pekertinya,rasa tanggungjawab, keprihatinan dan bukannya semata-mata kerana paras rupa, pangkat atau harta yang dimilikinya.
KESETIAAN terhadap seseorang sahabat mampu memanjangkan lagi ikatan persahabatan walaupun kamu jarang bertemu.Apabila kamu setia terhadap sahabat, kesannya sahabat kamu juga akan sentiasa mengingati apa jua pengorbanan yang telah kamu curahkan kepadanya. Ini kerana kamu sentiasa berada di sisinya tidak kira susah mahupun senang.
KEBERANIAN dalam berkata benar.Dalam sesebuah persahabatan, kamu hendaklah berani mengatakan sesuatu perkara kepada sahabat kamu itu, apatah lagi tentang perkara-perkara
yang boleh menyakiti hatinya.Kamu hendaklah berani mengaku dan berterus-terang kepadanya atas kesilapan yang telah kamu lakukan. Kamu juga haruslah beranimenasihati dan saling menegur sahabat kamu itu.
KEJUJURAN perlu dalam sesebuah persahabatan.Kamu jangan sesekali menipu atau menyembunyikan apa-apa daripada pengetahuan sahabat kamu itu.Dengan berkata benar dan jujur, ini akan mengukuhkan lagi tali persahabatan antara kamu berdua. Kamu hanya boleh berahsia pada perkara-perkara yang kamu rasa perlu dirahsiakan daripadanya sahaja.
KEMAAFAN merupakan perkara yang perlu ada dalam etika bersahabat.Sekiranya sahabat kamu melakukan kesilapan, kamu hendaklah bersedia untuk memaafkannya, tidak kiralah sama ada kesalahannya itu besar ataupun kecil terhadap kamu.Sahabat yang baik ialah sahabat yang bersedia untuk memaafkan sahabatnya,begitulah sebaliknya.
KESEDIHAN yang dihadapi oleh sahabat kamu haruslah dikongsi bersama.Apabila kamu mengetahui sahabat kamu itu berada dalam keadaan yang berdukacita,kamu sebagai sahabat hendaklah sentiasa berada di sisinya. Kehadiran kamu itu sekurang-kurangnya dapat meringankan kesedihan yang ditanggungnya dan dalam masa yang sama ia boleh meringankan bebanan yang dipikulnya itu.
KEGEMBIRAAN yang hadir dalam diri sahabat kamu itu, memberi makna yang kamu juga rasa gembira.Pasti kamu rasa senang apabila melihat sahabat kamu bergelak ketawa dan sentiasa mengukir senyuman yang indah pada raut wajah mereka.
KESERASIAN merujuk pada kesamaan mahupun ‘sekepala’ dalam apa jua yang kamu dan sahabat lakukan bersama.Dengan wujudnya keserasian ini, aktiviti yang kamu lakukan bersama akan menjadi lebih mudah dan lancar.Malah keserasian ini akan mewujudkan persefahaman antara kamu dan sahabat.

ilmu dan amal

Dari Abu Musa r.a katanya, Nabi s.a.w bersabda:"Perumpamaan petunjuk dan ilmu pengetahuan yang Allah mengutuskan aku untuk menyampaikannya seperti hujan lebat jatuh ke bumi. Bumi itu ada yang subur menghisap air, menumbuhkan tumbuh-tumbuhan dan rumput-rumput yang banyak. Ada pula yang keras, tidak menghisap air sehingga tergenang. Maka Allah memberi manfaat dengan ia kepada manusia. Mereka dapat minum dan memberi minum (binatang ternak dan sebagainya), dan untuk bercucuk tanam. Dan ada pula hujan yang jatuh ke bahagian lain iaitu di atas tanah yang tidak menggenangkan air dan tidak pula menumbuhkan rumput. Begitulah perumpamaan orang yang belajar agama yang mahu memanfaatkan apa yang aku disuruh Allah menyampaikannya, dipelajarinya dan diajarkannya. Dan begitu pula perumpamaan orang yang tidak mahu memikirkan dan mengambil peduli dengan petunjuk Allah yang aku diutus untuk menyampaikannya."
(Riwayat Bukhari)
Tarbiyah (pendidikan) yang semestinya dilalui oleh setiap muslim cukup banyak. Berbagai tarbiyah yang telah dilalui oleh para sahabat Rasulullah s.a.w sehingga menjadikan mereka memiliki iman yang teguh, bahkan membentuk mereka menjadi generasi terbaik. Allah berfirman: "Dan sesungguhnya jika mereka melaksanakan nasihat yang diberikan kepada mereka, tentulah hal yang demikian itu lebih baik bagi mereka dan lebih meneguhkan (hati mereka di atas kebenaran)." (An Nisa : 66)

Maka mempelajari ilmu agama adalah termasuk medan jihad yang paling mulia di mana daripada ilmu tersebut seseorang itu dapat berdakwah (menyebarkannya) kepada orang lain yang sekaligus menjadikan imannya semakin kukuh dan bertambah. Dia menyuruh manusia melakukan perkara–perkara kebaikan dan melarang daripada melakukan perkara kejahatan (maksiat) dalam ertikata bahawa ia bukanlah ulama' bisu yang berlepas diri daripada apa yang berlaku di sekelilingnya sepertimana sabda Rasulullah s.a.w: "Di antara manusia, ada orang yang menjadi kunci kebaikan dan penutup kejahatan." (Ibnu Majah)

Orang seperti ini juga sentiasa bergaul dengan para ulama' untuk mendengarkan nasihat mereka. Inilah sifat orang yang belajar agama yang mahu memanfaatkan apa yang dipelajarinya dan dengan itu mereka mendapat pahala di dunia dan balasan yang baik di akhirat.

1. Ilmu mesti disertai dengan amal maka sesiapa yang beramal tahulah dia tentang manfaat ilmu.
2. Ilmu berpanjangan dengan sebab beramal dan jika tidak beramal dengan ilmu maka ia akan bersedih
3. Setiap bekas menjadi sempit dengan sebab isiannya melainkan ilmu maka bekas ilmu menjadi semakin luas walau pun diisi seberapa banyak sekalipun
4. Orang alim yang malas beramal dengan ilmunya umpama jarum yang menjahit pakaian untuk menutup aurat orang lain sedangkan dia sendiri tinggal telanjang
5. Orang alim yang malas beramal dengan ilmunya umpama lilin yang membakar dirinya sendiri untuk menerangi orang lain
6. Orang alim yang malas beramal dengan ilmunya umpama batu asah yang menajamkan pisau sedangkan dia sendiri tidak mampu memotong
7. Orang alim yang tidak beramal dengan ilmunya umpama sebiji batu besar yang jatuh menutupi mulut sungai di mana ia sendiri tidak meminum air sungai itu sebaliknya hanya menahan air sungai sungai itu daripada mengalir sehingga dapat diminum dan diambil manfaat oleh orang lain bukan untuk manfaat dirinya sendiri
وَلَئِنْ أَتَيْتَ الَّذِينَ أُوْتُواْ الْكِتَابَ بِكُلِّ آيَةٍ مَّا تَبِعُواْ قِبْلَتَكَ وَمَا أَنتَ بِتَابِعٍ قِبْلَتَهُمْ وَمَا بَعْضُهُم بِتَابِعٍ قِبْلَةَ بَعْضٍ وَلَئِنِ اتَّبَعْتَ أَهْوَاءهُم مِّن بَعْدِ مَا جَاءكَ مِنَ الْعِلْمِ إِنَّكَ إِذَاً لَّمِنَ الظَّالِمِينَ
Dan demi sesungguhnya! Jika engkau bawakan kepada orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah diberikan Kitab, akan segala keterangan (yang menunjukkan kebenaran perintah berkiblat ke Kaabah itu), mereka tidak akan menurut kiblatmu dan engkau pula tidak sekali-kali akan menurut kiblat mereka dan sebahagian dari mereka juga tidak akan menurut kiblat sebahagian yang lain. Demi sesungguhnya! Kalau engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka setelah datang kepadamu pengetahuan (yang telah diwahyukan kepadamu), sesungguhnya engkau, jika demikian, adalah dari golongan orang-orang yang zalim.
(Surah Al-Baqarah 2: Ayat ke 145)
 

Trust Allah :)

Sekuat mana pon godaan yg kite hadapi,
sekuat apa pon cubaan yg harus kita jalani,
sebesar ape pon kegagalan yg kite rasai,
sejauh mne pon hari2 yg kite lalui,
Jangan pernah berhenti berharap drpd petolongan ilahi,
kerna harapan adalah mse hadapan,
kerna harapan adalah sumber kekuatan,
kerna doa adalah pintu kebaikan dan
kerna doa adalah senjata org beriman :)

Wednesday, 15 February 2012

Cintakan Dunia, Dambakan Akhirat


alt
Pernah Pernah atau tidak?.
Pernah atau tidak dalam kehidupan anda, anda berkehendak kepada sesuatu perkara tetapi anda tidak mampu mendapatkannya?
Pernah atau tidak dalam kehidupan anda, anda menginginkan sesuatu yang terbaik buat diri anda dan apa yang anda ada sekarang tidak memuaskan hati anda?.
Pernah atau tidak, anda merasakan perasaan mencintai perkara-perkara dunia sehingga anda sukar untuk mendambakan perkara-perkara Akhirat?.
Pasti pernah bukan?.
Saya beri contoh:
1) Seorang lelaki yang ingin mencari jodoh, kebiasaannya dia akan lihat pada rupa paras perempuan yang yang ingin dikahwininya. Dia juga menginginkan bakal isterinya datang dari keturunan yang baik, daripada keluarga yang kaya-raya dan paling tidak mempunyai Agama. Ada yang letakkan Agama sebagai perkara pertama, ada yang meletakkan Agama antara perkara paling kurang penting dalam kriteria bakal isterinya. Konklusinya, dia mahukan yang terbaik atau 'Perfect' pada isterinya. Sesetengah lelaki, dia dapat apa yang dia mahukan, sesetengah yang lain tidak.
2) Seorang perempuan yang baik, dia dinikahi oleh oleh seorang lelaki yang pada sangkaannya lelaki yang baik. Tetapi selepas pernikahan baru dia menyesal kerana ketika itu suaminya menunjukkan sikapnya yang sebenar. Dimarahi isterinya, dicaci-maki, dipukul sehingga lebam dan berdarah. Apa yang dia mampu buat adalah bersabar. Kalau bercerai nanti malu dengan masyarakat setempat. Tetapi dalam hati, dia mahu suaminya berubah, dan dia berusaha ke arah itu dalam menasihati suaminya. Konklusinya, dia mahukan suaminya sekarang, menjadi suami yang baik. Situasi ini agak biasa di negara kita, rata-ratanya bercerai selepas si isteri memohon fasakh.

3) Satu pasangan suami isteri ingin memiliki sebuah rumah di Kuala Lumpur. Disebabkan harga rumah yang terlampau mahal, mereka hanya mampu membeli sebuah apartment. Bak kata orang, rumah atas angin, tidak bertanah. Tetapi mereka juga berharap, agar mereka mampu membeli sebuah rumah yang diingini mereka suatu hari nanti. Konklusinya, pasangan suami ini, mahukan sesuatu yang lebih baik berbanding apa yang mereka miliki sekarang ini. Ironinya, mereka mungkin tidak dapat membelinya walaupun mereka mengumpul duit sehingga berusia 60 tahun.
Antara dunia dan Akhirat.
Realiti nampak kejam bukan?. Tetapi itulah dunia, sekejam mana ia, kita tetap cintakan ia bukan. Cara paling mudah untuk mengubati hati ini, adalah dengan kita mengharapkan segala apa yang kita kehendaki di dunia ini digantikan oleh Allah swt di Akhirat.
Kalau nak isteri yang ada Agama, cantik, kaya dan daripada keturunan yang baik, sekiranya tidak dapat di dunia, kita pohon pada Allah supaya kurniakan di Akhirat kelak kita seorang isteri yang kita hajati di dunia.
Kalau seorang perempuan itu tidak memperolehi seorang suami yang baik, pohon pada Allah supaya mengurniakan seorang suami yang baik di Syurga nanti.
Kalau nak rumah besar, tanah berekar-ekar, nak sungai sebelah rumah dan sebagainya, pohon pada Allah supaya gantikan apa yang kita ada di dunia ini dengan apa yang terbaik di Akhirat sana.
Mudah bukan?. Dengan kita tanamkan sikap tidak terlalu berharap pada dunia, kita semakin mendambakan Akhirat. Apa yang kita luahkan pada Allah dalam solat kita, dalam doa kita, walhal dalam hati kita sekalipun Allah dengar. Ini juga strategi untuk mendekatkan kita dengan Allah. Justeru, jangan berkecil hati dengan dunia, kerana kita akan berbahagia dan gembira di Akhirat kelak. Apa yang ada di dunia ini sementara, tetapi apa yang ada di Akhirat itu kekal selamanya.